Asalammualaikum... adekah visitor or follower blog ini sehat? Harap-harap sehat la ye? Hari nak kasi gempak sikit kat blog ni. bia yang tak pernah visit blog ni ter visit blog cik Ecah a.k.a Chet ni hari ini ya? Kenapa gua mau kasi gempak? Eh,suka hati gua la. Sebab gua tengah happy gilak kerana final exam dan OSCE dah berlalu pergi then next week HOLIDAY! kena la caps lock kerana mahu bagi penekanan bahawa gua akan bercuti ye pada minggu hadapan. Dan agak lama. ! So jangan jealous ya? Dalam post kali ni gua sengaja mahu petik beberapa orang yang terhebat dan terbaik ! TERBAIK la korang. Dulu gua ada jugak bagi warning kat a few person ni yang pic dorang akan masuk dalam blog gua. Nah! gua kasi sama lu . Walaupun pic yang ni gua curi dari FB masing-masing dan sudah pasti mereka tak tah meyh. Sebab kalau dorang tau. Mati gua! Ayat punya langsi tapi takut! Sungguh mengelikan ! :) Sengaja update blog dekat cc bawah ni kerana nak elakan dari dorang nampak. Jahat noh kau ECAH! ade gua kesah? Langsi bhai... !!
dia ni? Ni Eliyani mahat! Pailang punya budak! Aku suka benaw menyakat budak ni. Then nanti kau akan dengar la "Kau nak ape Ecah?" tu jela ayat yang dia ade . Ok jugak la. Daripada dia cakap "Kau nak ape Chet?" Mau tak makan dalam? Ape barang makan dalam? Gua gangster bhai. Tak main la makan dalam. ! Berlagak tak bertempat. :) Gilak punya budak. Lgi satu dia ni kawan sejati dan peneman setia aku setiap seminggu untuk membuang sampah. "Ecah,jom buang sampah." "Jom la." Nasib baik dia cakap buang sampah kalau dia cakap jum buang lemak? Ha... terkedu terkelu terbelit kau nanti Ecah. Sebab kau sangat sayang kau punya lemak kan Ecah?
Nama penuh aku bagi kau. Dah memang ni nama penuh kau kan Leen? Mane ade aku salah. ! Dia ni rakan sejogging se sit up aku untuk seminggu. Pastu dua-dua se jogging se sit up atas katil . Sebab masing-masing jogging sama-sama timbang berat sama-sama . Berat badan naik pun sama-sama! Kena la dia dengan aku. Mak aku cakap kalau nak makan,makan jangan tahan-tahan nanti badan merajuk. Memang badan aku merajuk la sangat. Sangat merajuk ! See my stomach la dear.! Lagi satu dia dengan aku kalau bergabung gelak bersama dapat top 3 dalam Nilam. Di keheningan malam kalau aku dengan dia gelak. Semua gerun dan sakit hati kerana menganggu tidur dan juga menyeramkan. Kalau puntianak dengar pun. Dia akan cakap "Eh,geng aku ke tu?" Ha.. hebat tak hebat?
Ummi Afiqah bila tengok nama dia. Rasa macam nak menyanyi lagu ni la. Ummi ! Sila-sila open link tu ye. Sungguh mantap lagu tu. Dia ni antara budak yang sangat suka sakat aku. Walaupun dalam kelas. Dia ni memang. Sengaja aku letak pic kau yang ni ummi. Kerana aku suka tengok the way u smile .:) Dia ni akan bising kat rumah tiap-tiap minggu sebelum hari khamis? Motif? Budak-budak 4A1 siapa tau kenapa Ummi akan bising? Dia akan cakap. "Counter dibuka! Counter dibuka.!" Hanya budak-budak rumah je yang akan tahu kenapa. Then dia la orang paling sibuk setiap hari Khamis. Macam PM . Lagi satu benda dia ni aku tak tau kenapa. Pantang nampak aku. ~~ takottt.. tak habis-habis. Aku pun pelik. *siap kau Ummi!*
Ha.. ni lagi sorang yang sangat suka bergaduh dengan aku. Memang aku ni gangster Nilam nak bergaduh dengan orang je keje aku kan Idah? Pantang la nampak taik lalat kat pipi aku. Ade je nak bergaduh dengan aku. Sebab aku la yang mulakan segala-galanya. Aku pun suka sakat dia? Lagi-lagi ni benda best. Kalau nak belajar bahasa lain selain bahasa melayu dan English boleh la datang dekat 4A1 berjumpa dengan dia ni. Nanti dia akan cakap la bahasa lain dia tu. Heee.. *maaf idah ! Gurau sahaja.*
Aku sayang kau aten ! Sebab kau kawan yang se gila se sengal dengan aku. Dia ni gemar sangat panggil nick name aku. "Chet!" memey la kan? Dalam ramai-ramai tu dia la yang paling suka nick name aku tu. Aku pun tak tau kenapa. Dan aku pulak sangat suka panggil dia . "Dut!" ape kah erti nya? Biar lah rahsia. Hanya kami sahaja yang mengetahuinya. Rahsia rumahtangga aku mane boleh bagi tau. Diam sudah! Heee... Lagi-lagi dia ni kan ? Perasan dia tu girlfriend Hee Chul . Padahal aku ni yang bini Hee Chul. Aishh.. demi kawan kan? aku kasi kan je dia tu. Haaa... ! *Aten gurau je! Jangan buli aku malam karang!* Mati aku kalau dia bergabung dengan Yani and Leen. Astagafirullah..:) Jauh kan la hamba Mu ini dengan itu semua.
Mia Green
Ha pandai-pandai la nak add dia ni kat Fb . Tu aku da bagi link kat nama dia. Nama dia ni Amira Azmy. Tapi orang panggil Mimi. Orang la. Kalau benda lain aku tak tau pulak panggil dia ni apa. ! Dia ni singa betina bak kate kecik la. Kalau gigit orang dia la Queen of Lion. ! Kecik-kecik cili padi tapi kalau kene tak tahan kau. Lagi-lagi dia ni kan. Kalau lepas mandi pagi-pagi benda yang dia suka buat. *switch off Fan!* Nak tau motif dia? Add dia kat Fb nanti korang tanya dia kenapa dia off kipas pagi-pagi buta. Tu pun kalau kau orang tak takut hilang telinga sebelah kalau tak pun dia gigit korang macam gigit ayam KFC. Then,kadang-kadang aku ade niat yang suci nak dermakan lemak aku ni kat dia. Kenapa? Kalau dia jalan. Kena pandang dengan mata kasar jangan guna mata halus tak akan nampak. :) *maksud yang mendalam ye?*
Kalau korang ade pengumuman yang penting nak buat boleh la panggil kak emi ni ye! Bukan senang nak dapat orang macam ni. Kalau dia bersuara semua orang terpegun. Kenapa? Suara dia merdu macam buat pengumuman dekat Stadium Merdeka. Tak payah pakai mic. Senang keje AJK AVA kt kelas tu. Sesuai sangat la dengan jawatan dia kat kelas sebagai ketua Disiplin. Tapi kalau dia cakap korang kena hayati dengan hati yang tenang dan ikhlas. Jap lagi semua tercengang sebab tak paham. Pastu dia pun "hah,kan da terkuar bahasa Terengganu aku!" Kesian kat aku yang buta bahasa Terengganu ni macam cicak masuk kolam ikan je. Terpingga-pingga pastu aku terhegeh-hegeh cari budak seangkatan dengan dia ni. "Ape kak emi cakap tu?" Pastu dorang explain la ape kak Emi tu cakap. "Ohhh... gitu." Maaf la lambat sikit nak paham. Susah belajar kat kolej antarabangsa ni. Macam-macam bahasa nak kene belajar. Ok what. Bahasa mendung ada,bahasa cerah ada,ape lagi? Meh datang kolej aku belajar meh.. Untung korang.!
Adik. Adik ni merayau-rayau ni kenapa? Kan adik tu kecik lagi. Tak mau la merayau-rayau. "Saye 24 tahun la!" Hambik kau! Memey la. Dia ni ketua rumah aku. Kak Nono nama nya. Alalalala.. sweet nya nama dia. ! *tolong la tolong.*
Hold on sementara waktu. lenguh tak terkira. ! Semata-mata nak update blog. ! Malam karang katil aku tibe luar semua gara-gara blog aku ni. Mampus aku!
Aku pun tak tau nak tulis apa pasal dia ni. Kesian sangat sebab dia budak-budak lagi. Aduii.. pening-pening. Idea ohh idea datang la dikau mendampingi otak aku. Mahu aku tulis sedikit pasal mashatika ni woii.. ! Rumah aku tu yang aku tau memang above 18teen. Tapi... kenapa bila ada orang bersuara seakan-akan berumur 8 taun? Pelik kan? Tak pe kak Nono nanti beli kalsium banyak-banyak k. ? Kalsium baik untuk tulang. Nanti tinggi la ! Nanti tak de la orang yang nak ukur baju kawin akak Nono tu risau sebab dia ukur baju untuk budak sekolah. :)
*Hah. Lega rasa nya da abis. Aku nak pegi ambik makanan then naik atas dan buat muka tak bersalah kat dalam rumah tu . Aku tak tau la ape jadi dengan aku malam ni. Then,lagi satu lupa nak cakap quotes aku,yani and leen. KAMI BERAT MENINGKAT! Special edition create by Leen. Don't copy cat. ! Grrr... hahaha.. Apa yang aku tulis dekat atas tu adalah gurauan semata-mata. Normal la dalam hidup berkelompok penuh dengan asam manis kehidupan. Kami umpama adik-beradik untuk tiga tahun. Segala suka-duka kami bersama. No body perfect. But we are trying to be perfect. a ship are never sink are friendship.* Dengan hati yang ikhlas. Kau orang memang terhebad dan terbaik laa.. !! aku sayang korang gila-gila ! :) siyes aku sangat sayang korang .! kawan yang terbaik. :)
P/S : Untuk mencari kawan yang terbaik sangat susah tapi bila jumpa yang terbaik jangan disia-siakan.:)
No comments:
Post a Comment