9.10.11

C.A.N.T.I.K

CANTIK!
"Awak ni cantik dan lawa la! Saya suka."
Bagus la kan ada orang memuji-muji kita kan? Alhamdulilah. Tapi orang sekarang pantang dipuji cantik. Kembang segala-galanya. Orang kalau nak cakap cantik boleh je. Aku pun boleh puji sape-sape puji but antara ikhlas dan tak ikhlas je kan? Kalau depan-depan puji cantik melangit tapi kat belakang duk kutuk tak bertempat. Baik sedar-sedarkan diri tu dulu ye? Takut pulak orang macam ni kene sambar dek petir masa tengah duk mengutuk orang. Cantik tu anugerah Allah tak cantik tu pun anugerah Allah kan? So,orang-orang kat luar tu tak perlu la nak mengutuk sana-sini. 

*cerminkan diri sebelum mengata orang! Kerana kita tak perasan yang kita ni macam mana. Hanya orang yang berada disekeliling anda sahaja tau anda bagaimana.*
*Puji la orang dengan seikhlas hati,tak perlulah nak hipokrit. Depan kata lain,belakang kata lain.*
*Jangan banding-banding kan orang yang cantik dengan orang yang tak cantik. Setiap yang lebih itu anugerah dan yang tak cantik itu pun anugerah!*
*Jangan memilih kawan. Berkawan tak semestinya yang hot+cantik.! Kerana cantik itu hiasan dunia. Tak semestinya cantik di muka itu melambangkan dirinya yang sebenar.*
*Jangan berjalan sambil mendabik dada! a.k.a angkuh dengan kecantikkan diri. Sesungguhnya Allah sangat benci pada golongan seperti ini.*
*Bersyukur lah dengan kelebihan diri bukan membangga-bangga kan! Kerana tiada apa yang boleh dibanggakan selain kebesaran Allah S.W.T*
*Jangan perlekehkan orang lain kerana apa yang kamu perlekehkan itu akan dibicara kan dipadang masyar nanti.*
*Orang yang bangga dengan kecantikkan nya akan dapat tempat di dunia tetapi tiada tempat di akhirat! Hanya neraka yang menjadi tempatnya.*
*1 kali cantik nya seseorang itu di dunia ini,berkali-kali cantik lagi bidadari di Syurga nanti.*
*Jangan sombong dengan kecantikkan yang ada,kerana orang yang sombong akan rugi di akhirat kelak.*
*Jangan kejar kecantikkan. Kerana kecantikkan tidak menjamin sesorang itu selamat dari azab api neraka.*
*Jangan amalkan make up yang tebal,jauh lebih baik menggunakan setiap titisan-titisan air sembahyang! Kerana make up itu adalah punca-punca seseorang lupa akan dirinya.*


Segala-galanya jangan. Kerana kita hidup di didunia ini mestilah bersederhana. ! Tak perlulah angkuh,sombong dan membanggakan diri dengan kecantikkan yang ada. Kerana ianya tak akan kekal.
Seriously,aku sebagai manusia pun selalu leka dengan duniawi. Tiada manusia yang sempurna tetapi kita perlullah menyempurnakan mana yang wajib. :) 

Mesti siapa yang baca ni cakap aku bajet gila kan?
Tapi aku tak da niat nak cakap kat sapa-sape pasal benda ni. Aku cuma ingatkan pada diri aku yang selalu lupa! Leka ! Lalai dengan duniawi.
Haraf maaf la kalau ayat-ayat kat atas u ada menguris perasaan sesiapa. Seriously aku tak da niat nak tujukan benda ni kat sapa-sape. Hanya untuk aku hamba Allah yang kerdil ini *SITI AISHAH BINTI ABD RAHMAN*

  • Semua wanita ingin tampil cantik, cantik secantik-cantiknya. Dalam Islam, muslim mempercantik diri artinya mempercantik diri luar dalam. Dan cantik, bila sesuai dengan tuntunan Islam adalah sebuah ibadah. 


  • Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona dgn wanita yg kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan banyak pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana buruk hatinya.


  • "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupa kalian dan juga harta kalian, tetapi Dia melihat hati dan perbuatan kalian." (HR.Muslim).

P/S : mahu meneruskan perjuangan di Nilam..:)



No comments:

Post a Comment