Assalammualaikum..
Hari ini aku balik rumah lagi. Kesian ayah kene ambik aku balik. Sebab semalam aku da balik ari ni balik lagi.
Semalam balik sebab aku nak ke Bahau kerana abang sepupu aku kawin. Akhirnya! Sebab dia adalah abang sepupu aku yang duduk agak jauh so lagi dulu ingatkan dia tak mau kawin. Last-last juga akhirnya.
Tahniah buat Abang Aziz ya! Dengan sekali lafaz dia da bergelar suami orang.
Then, semalam aku excied benau nak g uma kawin tu! Rumah belah perempuan la kan. Penah ke kawin buat rumah lelaki dulu? Tak kan ke pelik je bunyi dia.
Huh... Nak jugak aku dengar orang kawin buat rumah Lelaki dulu.
Confirm orang cakap gila!
Ok sudah balik pada story tadi,
aku follow kereta family aku. Di dalam kereta tu .
*ayah,mak,akak long and adik!*
ada lagi 4 kereta follow ! kesemuanya 5 bijik kereta.
Tuan rumah mesti lah ada kan?
Mestilah...!
Perjalanan yang agak jauh hampir ke sempadan Pahang. Sangat meletihkan mata! Yang dok menahan dari terkulai layu di sit belakang. Macam mana la ayah drive kat depan tu!
*Actually penat menahan make up takot chomot!*
After 2jam lebih sampai la juga di Kampung Lui Selatan!
Sumpah ni 1st time aku dengar nama kampung tu . But,bila dengar ayah and mak cakap pasal kampung tu macam kampung tu da familiar dari pendengaran dorang!
Hebat betul ayah dengan mak ni!
Gua tabik sama mak and ayah gua!
Dengan berbaju kurung berwarna purple dan heels setinggi 3 inch aku berjalan terhegeh-hegeh ke rumah bertandang!
Rumah Bertandang : Rumah berehat untuk family dari sebelah lelaki!
(mean family sebelah aku la kan?)
Siapa tak paham kasi lempang laju-laju sebab aku pun buntu nak terangkan macam mana dah!
Bila berjalan setapak dua tapak,aku terpandang bas double decker kat seberang jalan tu.
Aku kehairanan kenapa ada bas kan? Sapa la yang buat rombongan ni?
Dengan kuasa Allah aku terpandang pulak ada sorang mamat* ni pakai sut pengantin warna merah.
Merah kau,bersilau !
Tengok muka ! Eh,ni bukan abang Aziz ni. Siapa pulak dia ni?
Dalam hati aku.
'Silap rumah ke ni?'
Tak mungkin la kan? Sebab family sebelah lelaki ada kat situ . Ishh sapa la dia ni?
Then,bila mak aku tengok muka aku yang terpinga-pinga macam nak mintak sepak tu.
Mak aku pun terangkan la.
Actually hari ni ada 2 orang bersanding sekali gus! *Lelaki yang bersut merah tadi adalah abang kepada pengantin perempuan yang akan bersanding dengan Abang Aziz ni .
MasyaAllah,rupa-rupanya aku sorang jela yang tak tau. Sebab dari muka akak aku dia macam da tau.
Hampeh betul dorang nih.!
Bas tu adalah rombongan dari pihak perempuan yang akan bersanding dengan si *mamat bersut merah itu tadi.
Baru aku paham.
"Meyh-meyh tolong angkat hantaran!"
Mak njang aku dok panggil aku soh angkat hantaran yang beraneka jenis itu.
Cuaca macam mendung je ari tu tapi tak hujan langsung. Tapi peluh dah membasahi seluruh tubuh ku.. Pelik betul la.!
Aku mengiringi kedua-dua pasangan tersebut untuk masuk ke rumah!
Tapi aku tak boleh nak masuk sebab terlampau ramai !
Perut pun da berbunyi.
"Akak jum makan!"
Adik aku memancing aku untuk makan. Aku pun say yes jela. Sebab da memang lapar gila masa tu. !
Aku ambik macam-macam lauk . Tiba-tiba aku nampak pulak ada sambal ikan bilis. Aku pun cedok masuk dalam pinggan aku.
Tiba-tiba ...
**tergolek-golek 2 ketul petai dalam pinggan aku!
Hampehhh! Sambal petai ikan bilis rupanya! Mana aku nak makan petai! Huh...
* muka dengan seribu penyesalan!
Then,angkat la pinggan tu cari-cari meja untuk makan. Meja agak full api adalah 2 tempat kosong untuk aku dan adik ku!
Semestinya sambal petai tadi tu aku asingkan ke sebelah tepi tapi bila nasi tu aku gaul-gaul kan!
Sumpah bau petai! Ya Allah aku rasa nak muntah pun ada.!
Tapi disebabkan lapar yang teramat. Kasi bedal saja!
Lepas makan,lagi satu keje nak cari mak,ayah and kak long yang hilang entah ke mana.
Akhirnya jumpa juga. !
Lepas berapa second duduk kami pun berangkat pulang ke Melaka.
Semestinya apabila da penat mata pun semakin kuyu .
Seakan-akan mahu tertutup. Akhirnya aku terlena sebentar di dalam kereta .
Opsss.. bukan aku saja ! Kak long dengan adik pun turut sama melenakan diri di sit belakang!
Hanya mak sahaja yang setia menemani ayah di depan.
Bila cakap pasal ni tiba-tiba aku teringat kisah aku melenakan diri di sit sebelah apabila Hencik Hafiz drive kereta!
*kesian dia..!:)
Tak kan tak ade gambar?
*
*
tu dia!
Abang sepupu aku yang berbaju oren tu!
*hati yang semakin memberontak untuk berkahwin! Gatal!*
hanya untuk pengantin?
*aku pun pengantin what?*
tapi lama lagi la..
*Motif? Saje nak tunjuk heels yang terkene lumpur akibat hujan!*
Sedang menunggu waktu untuk makan! Lambat betul dorang ni tepung tawar pengantin kan?
Penat cik menunggu!
Before gerak ke Bahau.
*Bermake up ala kadar sahaja!*
On the way balik ke melaka.
Mata pun da kuyu sakan!
Minta dilelapkan..
After that,zZzZ..
pic ni tak de kena mengena dengan wedding day semalam pun! Background pun kat Nilam .
Masa ni nak teman kawan aku g makan kat MacD! Orang nak belanja kan. Sapu jela.
Haaa... Lagi satu semalam aku mengenakan tudung,baju,kasut dan handbag yang tak sama warna!
Tak matching langsung.
Gila!
tudung(gray),baju (purple),kasut(choc),handbag(gold)!
ape kene mengena?
Kelakar gilak!
P/S : Lepas post entri ni nak call Hencik Hafiz!
*B jum kawin!:) Gatal! Dengan harapan la!*